Untuk versi Bahasa Malaysia, sila tatal ke bawah.
The Sustainable Tourism Recovery Project 2025–2026 invites concept proposals, with available funding of up to USD 150,000 per project.
Background
The United Nations Development Programme (UNDP) Malaysia, Singapore, and Brunei Darussalam invites eligible organisations to submit Concept Proposals for the Sustainable Tourism Recovery Project, which will be implemented between September 2025 and June 2026.
This project aims to support tourism recovery and transformation in four selected destinations in Malaysia by strengthening the resilience of communities and MSMEs (Micro, Small, and Medium Enterprises). It also promotes environmentally responsible and inclusive tourism development in line with the National Ecotourism Plan (2016–2025) and the National Tourism Policy (2020–2030).
While the project prioritises Mersing (Johor), Jerantut (Pahang), and Jeli (Kelantan), it also considers opportunities for nationwide implementation.
Through this initiative, UNDP seeks to address the socio-economic challenges facing these tourism destinations and unlock the potential for sustainable, community-based tourism models.
The application deadline has been extended to 8 July 2025. You can find the recording and slides from the briefing session held on 2 July at the links below.
We are seeking concept proposals that are:
- Locally-grounded and responsive to site-specific needs
- Aligned with environmental sustainability and inclusive development
- Innovative, feasible and have a strong implementation framework
- Projects should demonstrate a high level of community engagement, effective partnerships, and measurable outcomes in line with the project objectives.
This call is open to non-government entities legally registered in Malaysia with a presence in at least one project location. Eligible applicants include NGOs, CBOs, CSOs, social enterprises with a clear social/environmental mission, and research or academic institutions.
Applicants must have the capacity to implement, monitor, and report on projects according to UNDP standards.
The funding available for each project is up to USD 150,000 (or the equivalent in Ringgit Malaysia), with a duration of 6 to 9 months and a latest completion date of June 2026
All grants will be disbursed in Ringgit Malaysia, and the total proposed budget must not exceed the stated amount.
For more information, kindly refer to the Sustainable Tourism Call for Concept Proposal Info Pack (Updated) and Guidance Notes: Sustainable Tourism Concept Proposal.
Interested and eligible organizations are required to submit the following documents using the official templates provided below:
Annex I - 2025 Sustainable Tourism Concept Proposal Template
Annex II - Request for Information (RFI)
All documents must be submitted via email by 8 July 2025, 23:59 (MYT) to yumi.chia@undp.org cc faizal.adli.zainudin@undp.org with the email subject line: Concept Proposal: Sustainable Tourism 2025.
Only shortlisted applicants will be invited to submit a full proposal and attend proposal consultation workshops.
For further information or inquiries, please contact Yumi Chia at yumi.chia@undp.org or Faizal Adli Zainudin at faizal.adli.zainudin@undp.org.
Projek Pemulihan Pelancongan Lestari 2025–2026 kini menerima permohonan bagi penyerahan Cadangan Konsep, dengan pembiayaan sehingga USD 150,000 bagi setiap projek.
Latar Belakang
United Nations Development Programme (UNDP) Malaysia, Singapore, dan Brunei Darussalam menjemput organisasi yang layak untuk mengemukakan Cadangan Konsep bagi Projek Pemulihan Pelancongan Lestari yang akan dilaksanakan dari September 2025 hingga Jun 2026.
Projek ini bertujuan menyokong pemulihan dan transformasi sektor pelancongan di empat destinasi terpilih di Malaysia dan bertujuan memperkukuh ketahanan komuniti dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Projek ini juga menggalakkan pembangunan pelancongan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan inklusif, selaras dengan Pelan Eko Pelancongan Kebangsaan (2016–2025) dan Dasar Pelancongan Negara (2020–2030).
Projek ini tertumpu kepada Mersing (Johor), Jerantut (Pahang), dan Jeli (Kelantan); namun, pelaksanaan di peringkat kebangsaan akan dipertimbangkan sekiranya bersesuaian.
Melalui inisiatif ini, UNDP berhasrat untuk menangani cabaran sosio-ekonomi yang dihadapi oleh destinasi pelancongan ini serta memangkin potensi model pelancongan yang berasaskan komuniti dan juga mampan.
Tarkih aplikasi telah dilanjutkan pada 8 Julai 2025. Sesi dan rakaman taklimat pada 2 Julai 2025 di pautan bawah.
UNDP kini mencari cadangan konsep yang:
- Berketempatan dan mampu responsif terhadap keperluan khusus setiap lokasi
- Selaras dengan kelestarian alam sekitar dan pembangunan yang inklusif
- Inovatif, mampu dilaksanakan, dan mempunyai rangka kerja pelaksanaan yang kukuh
- Menunjukkan penglibatan komuniti yang tinggi, kolaborasi yang berkesan dan keputusan yang boleh diukur selari dengan objektif projek
Panggilan ini dibuka kepada entiti bukan kerajaan yang berdaftar secara sah di Malaysia dan mempunyai kehadiran sekurang-kurangnya di satu lokasi projek. Pemohon yang layak termasuk NGO, CBO, CSO, perusahaan sosial yang mempunyai misi sosial/persekitaran yang jelas serta institusi penyelidikan atau akademik.
Pembiayaan maksimum yang tersedia bagi setiap projek ialah sehingga USD 150,000 (atau bersamaan dalam Ringgit Malaysia) dengan tempoh pelaksanaan antara 6 hingga 9 bulan dan berakhir sehingga Jun 2026.
Semua geran akan disalurkan dalam Ringgit Malaysia dan jumlah keseluruhan bajet yang dicadangkan tidak boleh melebihi jumlah yang dinyatakan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Pek Info Panggilan Cadangan Konsep Pelancongan Lestari (Dikemas kini) dan Nota Panduan Cadangan Konsep Pelancongan Lestari
Organisasi yang berminat dan layak perlu menghantar dokumen-dokumen berikut menggunakan templat rasmi yang disediakan:
Lampiran I – Templat Cadangan Konsep Pelancongan Lestari 2025
Lampiran II – Permintaan untuk Maklumat (RFI)
Semua dokumen hendaklah dihantar melalui e-mel sebelum atau pada 8 Julai 2025, jam 23:59 (MYT) kepada yumi.chia@undp.org dan cc kepada faizal.adli.zainudin@undp.org dengan tajuk e-mel:
Concept Proposal: Sustainable Tourism 2025.
Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dijemput untuk mengemukakan cadangan penuh dan menghadiri bengkel perundingan cadangan.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi Yumi Chia di yumi.chia@undp.org atau Faizal Adli Zainudin di faizal.adli.zainudin@undp.org.