Arus Suara
Reimagining Climate Justice and Environmental Rights in Malaysia
Submission Form | Borang PenyertaanArus Suara invites youth across Malaysia to share real experiences, perspectives and hopes at the intersection of business, human rights and the environment.
Choose a language below and learn more on how you can be part of this journey.
Arus Suara mengajak belia-belia Malaysia berkongsi pengalaman, pandangan dan harapan mereka tentang hubungan antara perniagaan, hak asasi manusia dan alam sekitar.
Pilih bahasa di bawah dan terokai cara bagaimana anda boleh turut serta bersama kami dalam perjalanan ini.
Every community has stories worth hearing. Arus Suara is a community storytelling campaign that creates space for people to speak about how businesses and everyday decisions affect people, livelihoods and the environment.
From the places we work and live to the land, water and resources we depend on, these experiences can help spark conversations about a future that is fairer, more inclusive and sustainable.
Check out our storytelling toolkit:
Arus Suara Storytelling Toolkit
We welcome personal experiences, community perspectives and ideas about responsible business, dignity and rights at work, care for the environment, or positive changes you would like to see. Your story can highlight a challenge, a solution, a lesson or a hope for the future.
- We invite all Malaysian youth to contribute.
- Students at Malaysian educational institutions: primary schools, secondary schools, pre-universities or universities
- You do not need to be a professional writer or storyteller.
- Submissions from youth under 18 will require parent or guardian consent. Download the form below and upload the completed form on the submission link.
- Think of an experience or message you want others to hear.
Refer to our Arus Suara Storytelling Toolkit to learn how to tell your stories. - You may use any formats for your stories and you are encouraged to submit your story in English or Bahasa Melayu (other ethnic languages are allowed too, however, please provide translations):
- short- or long form videos (up to 5 minutes in .MP4 or .mov)
- audio stories (up to 5 minutes in .MP3)
- photo stories (3-5 photos with captions in .jpg or .png)
- digital drawings or posters (.jpg, .pdf)
- articles or write-ups (up to 1,000 words .pdf)
3. Complete the online submission form and upload your materials:
4. Submit your story latest by 30 November 2026, 11:59pm.
Selected stories may be edited for clarity, with appropriate care and consent, and may be featured through Arus Suara’s digital campaign or public showcase. However, submission does not guarantee publication.
Upon screening and editing, 30 stories will be selected to be showcased at Arus Suara Public Exhibition, happening on 12 and 13 December, 2026.
If you have any inquiries, please reach out to comms.my@undp.org
Setiap komuniti mempunyai kisah yang wajar didengari.
Arus Suara ialah kempen penceritaan komuniti yang membuka ruang kepada orang ramai untuk berkongsi pengalaman dan pandangan tentang bagaimana aktiviti perniagaan serta keputusan yang dibuat dalam kehidupan seharian memberi kesan kepada manusia, mata pencarian dan alam sekitar.
Daripada tempat kita bekerja dan tinggal hinggalah kepada tanah, air dan sumber alam yang menjadi kebergantungan kita, setiap pengalaman ini mampu mencetuskan perbincangan ke arah masa depan yang lebih adil, inklusif dan mampan.
Dapatkan panduan bercerita melalui kit panduan kami:
Arus Suara Storytelling Toolkit
Kami mengalu-alukan perkongsian pengalaman peribadi, pandangan komuniti dan idea berkaitan amalan perniagaan yang bertanggungjawab, maruah dan hak pekerja, pemeliharaan alam sekitar serta perubahan positif yang ingin anda lihat.
Kisah anda boleh mengetengahkan cabaran yang dihadapi, penyelesaian yang ditemukan, pengajaran daripada pengalaman atau harapan untuk masa depan.
Kami menjemput semua golongan belia Malaysia untuk berkongsi kisah mereka.
Pelajar-pelajar institusi pendidikan di Malaysia: sekolah rendah, sekolah menengah, pra-universiti dan universiti.
Anda tidak perlu menjadi penulis atau pencerita profesional untuk menyertai kempen ini.
Bagi peserta yang berumur bawah 18 tahun, kebenaran ibu bapa atau penjaga diperlukan. Sila muat turun borang kebenaran di bawah dan muat naik borang yang telah lengkap melalui pautan penghantaran penyertaan.
1. Fikirkan pengalaman atau mesej yang ingin anda sampaikan kepada orang ramai.
Rujuk Arus Suara Storytelling Toolkit untuk mendapatkan panduan menghasilkan kisah anda.
2. Anda bebas memilih mana-mana format berikut dan anda digalakkan untuk menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu untuk karya anda (penggunaan bahasa-bahasa etnik di Malaysia dibenarkan, sila sertakan terjemahannya):
- Video pendek atau panjang: Sehingga 5 minit (format .MP4 atau .MOV)
- Rakaman audio: Sehingga 5 minit (format .MP3)
- Cerita bergambar: 3 hingga 5 keping gambar berserta kapsyen (format .JPG atau .PNG)
- Lukisan digital atau poster: Format .JPG atau .PDF
- Artikel atau penulisan: Sehingga 1,000 patah perkataan (format .PDF)
3. Lengkapkan borang penyertaan dalam talian dan muat naik bahan yang telah disediakan melalui pautan di bawah.
4. Hantar penyertaan anda selewat-lewatnya pada 30 November 2026, 11:59 malam.
Kisah yang terpilih mungkin disunting untuk menjadikannya lebih jelas dan mudah difahami, dengan mengambil kira sensitiviti kandungan serta mendapatkan persetujuan yang sewajarnya. Kisah tersebut juga berpeluang diketengahkan menerusi kempen digital Arus Suara atau pameran terbuka kepada orang ramai.
Walau bagaimanapun, hantaran kisah tidak menjamin bahawa penyertaan anda akan diterbitkan atau dipamerkan.
Selepas proses saringan dan penyuntingan, sebanyak 30 kisah akan dipilih untuk dipamerkan dalam Pameran Arus Suara pada 12 dan 13 Disember 2026.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui e-mel kepada comms.my@undp.org .