Arus Suara
Reimagining Climate Justice and Environmental Rights in Malaysia
Borang Penyertaan | Submission Form
Arus Suara mengajak belia di seluruh Malaysia, khususnya wanita, remaja perempuan dan belia Orang Asli serta Orang Asal, untuk berkongsi pengalaman, pandangan dan harapan mereka tentang hubungan antara perniagaan, hak asasi manusia dan alam sekitar.
Pilih bahasa di bawah untuk mengetahui lebih lanjut dan cara untuk turut serta.
Arus Suara invites young people across Malaysia, with a particular encouragement for women, girls and Indigenous youth, to share their lived experiences, perspectives and hopes at the intersection of business, human rights and the environment.
Choose a language below and learn more on how you can be part of this journey.
Setiap komuniti mempunyai kisah yang wajar didengari.
Arus Suara ialah kempen penceritaan komuniti yang membuka ruang kepada orang ramai untuk berkongsi pengalaman dan pandangan tentang bagaimana aktiviti perniagaan serta keputusan yang dibuat dalam kehidupan seharian memberi kesan kepada manusia, mata pencarian dan alam sekitar.
Daripada tempat kita bekerja dan tinggal hinggalah kepada tanah, air dan sumber alam yang menjadi kebergantungan kita, setiap pengalaman ini mampu mencetuskan perbincangan ke arah masa depan yang lebih adil, inklusif dan mampan.
Dapatkan panduan bercerita melalui kit panduan kami:
Arus Suara Storytelling Toolkit
Kami mengalu-alukan perkongsian pengalaman peribadi, pandangan komuniti dan idea berkaitan amalan perniagaan yang bertanggungjawab, maruah dan hak pekerja, pemeliharaan alam sekitar serta perubahan positif yang ingin anda lihat.
Kisah anda boleh mengetengahkan cabaran yang dihadapi, penyelesaian, pengajaran daripada pengalaman tersebut atau harapan untuk masa depan.
Kami menjemput semua golongan belia di Malaysia tanpa mengira latar belakang untuk berkongsi kisah mereka.
Pelajar-pelajar institusi pendidikan di Malaysia: sekolah rendah, sekolah menengah, pra-universiti dan universiti.
Anda tidak perlu menjadi penulis atau pencerita profesional untuk menyertai kempen ini.
Bagi peserta yang berumur bawah 18 tahun, kebenaran ibu bapa atau penjaga diperlukan. Sila muat turun borang kebenaran di bawah dan muat naik borang yang telah lengkap melalui pautan penghantaran penyertaan.
1. Fikirkan pengalaman atau mesej yang ingin anda sampaikan kepada orang ramai.
Rujuk Arus Suara Storytelling Toolkit untuk mendapatkan panduan menghasilkan kisah anda.
2. Anda bebas berkongsi kisah dalam apa jua format dan bahasa yang paling selesa digunakan. Walaupun penyertaan dalam Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris digalakkan, kami turut mengalu-alukan kisah dalam bahasa tempatan yang lain, termasuk bahasa Orang Asli dan Orang Asal. Bagi kisah yang disampaikan dalam bahasa selain Bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, sila sertakan terjemahan dalam salah satu daripada kedua-dua bahasa tersebut.
- Video pendek atau panjang: 3.5 minit dalam format .mp4 atau .mov
- Rakaman audio: 3.5 minute dalam format .mp3
- Cerita bergambar: 3 hingga 5 keping gambar berserta kapsyen dalam format .jpg atau .png
- Lukisan digital atau poster: Format .jpg atau .pdf
- Artikel atau penulisan: Sehingga 500 patah perkataan dalam format .pdf
3. Lengkapkan borang penyertaan dalam talian dan muat naik bahan yang telah disediakan melalui pautan di bawah.
4. Hantar penyertaan anda selewat-lewatnya pada 30 November 2026, 11:59pm.
Nota: Penggunaan alat AI adalah tidak dihalang, tetapi para peserta dinasihatkan supaya menggunakannya secara bertanggungjawab dan beretika, serta memastikan karya yang dihantar kekal asli dan mencerminkan kreativiti sendiri.
Kisah yang terpilih mungkin disunting untuk menjadikannya lebih jelas dan mudah difahami, dengan mengambil kira sensitiviti kandungan serta mendapatkan persetujuan yang sewajarnya. Kisah tersebut juga berpeluang diketengahkan menerusi kempen digital Arus Suara atau pameran terbuka kepada orang ramai.
Walau bagaimanapun, hantaran kisah tidak menjamin bahawa penyertaan anda akan diterbitkan atau dipamerkan.
Selepas proses saringan dan penyuntingan, sebanyak 30 kisah akan dipilih untuk dipamerkan dalam Pameran Arus Suara pada 12 dan 13 Disember 2026.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui e-mel kepada comms.my@undp.org .
Every community has stories worth hearing. Arus Suara is a community storytelling campaign that creates space for people to speak about how businesses and everyday decisions affect people, livelihoods and the environment.
From the places we work and live to the land, water and resources we depend on, these experiences can help spark conversations about a future that is fairer, more inclusive and sustainable.
Check out our storytelling toolkit:
Arus Suara Storytelling Toolkit
We welcome personal experiences, community perspectives and ideas about responsible business, dignity and rights at work, care for the environment, or positive changes you would like to see. Your story can highlight a challenge, a solution, a lesson or a hope for the future.
- We invite all Malaysian youth to contribute.
- Students at Malaysian educational institutions: primary schools, secondary schools, pre-universities or universities
- You do not need to be a professional writer or storyteller.
- Submissions from youth under 18 will require parent or guardian consent. Download the form below and upload the completed form on the submission link.
- Think of an experience or message you want others to hear.
Refer to our Arus Suara Storytelling Toolkit to learn how to tell your stories. - You are welcome to share your story in any format and in the language you feel most comfortable with. Submissions in English and Bahasa Malaysia are encouraged, but stories in other languages, including Indigenous, are equally welcome. If submitting in another language, we kindly ask that you provide a translation in English or Bahasa Malaysia:
- Short- or long-form videos: Up to 3.5 minutes in .mp4 or .mov
- Audio stories: Up to 3.5 minutes in .mp3
- Photo stories: 3 to 5 photos with captions in .jpg or .png
- Digital drawings or posters: Format in .jpg or .pdf
- Articles, write-ups or poetry: Up to 500 words in .pdf
3. Complete the online submission form and upload your materials:
4. Submit your story latest by 30 November 2026, 11.59pm.
Note: While the use of AI tools is not restricted, participants are advised to use it responsibly and ethically, ensuring their submissions remain authentic and original.
Selected stories may be edited for clarity, with appropriate care and consent, and may be featured through Arus Suara’s digital campaign or public showcase. However, submission does not guarantee publication.
Upon screening and editing, 30 stories will be selected to be showcased at Arus Suara Public Exhibition, happening on 12 and 13 December, 2026.
If you have any inquiries, please reach out to comms.my@undp.org
Projek ini disokong oleh | This project is supported by